::ahlan::selamat datang::welcome::

Blog ini hanyalah suatu coretan dari penulis untuk sesiapa yang singgah di sini. Sekadar berkongsi ilmu, berkongsi rasa dan juga berkongsi cerita. Semoga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Wallahu'alam..

This blog is a sharing to all readers. The author would like to share the knowledge and also the ups and downs. Hopefully, the readers may gain what's best and remembers the isn't.
Wallahu'alam

d'writer

My Photo
ramona
Mechanical Engineering Student [UTP July06]
Technical Science Student [SERATAS 04-05]
A Student [SEMENTAS 01-03]
all in all..i'm just me
;)
View my complete profile

24.12.09

Terpisah Dengan Laut China Selatan

Salaam buat semua.. :)

Terlalu lama saya membiarkan blog ini sepi tanpa sebarang entri. Kekangan kemudahan walaupun punya banyak masa terluang membuatkan entri yang wujud dalam minda ini hanya gah di situ sahaja.

Sedikit catching up buat pembaca semua. Saya kini meneruskan langkah di Miri, meneruskan agenda sebagai bakal jurutera insyaAllah. Menjadi satu-satunya trainee perempuan dari Semenanjung, alhamdulillah, perjalanan saya dari awal dipermudahkan Allah walaupun ada sedikit masalah dan halangan. Hingga kini, saya masih mampu untuk hidup di sini tanpa sedikit home sick pun. Hehe.. Alhamdulillah..

Kehidupan di Miri sebagai seorang Muslim nyata tidak mudah. Namun, bukanlah sesukar insan-insan yang berada di negara barat. Walau pada zahirnya Sarawak dan Semenanjung hanya terpisah oleh Laut China Selatan, pada batinnya, terlalu besar ruang perbezaan itu. Dari perbezaan suasana, sosio ekonomi, makanan mahupun taraf hidup di sini. Benar ingatan sahabat saya telah memberikan saya sedikit persediaan akan kehidupan di bandar minyak ini.

Di sini, orang Islam tidak boleh memandang enteng soal halal haram makanan yang di makan. Bagi saya yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Malaysia Timur, mungkin boleh dikatakan mengalami culture shock sedikit. Alhamdulillah, pengalaman tinggal berjauhan dari keluarga sejak bangku sekolah memberi kekuatan agar tidak hanyut dengan simptom culture shock itu. Jika di semenanjung, khinzir itu di jual sorok-sorok, pasarnya di asingkan jauh-jauh, tapi di sini, penjualannya seperti menjual daging ayam dan ikan oleh pakcik-pakcik yang menjual bahan makanan ini rumah ke rumah. Ala, yang bawa lori pikap dan ada sayur-sayur, sambil bunyikan hon memanggil makcik-makcik surirumah untuk keluar membeli bahan mentah masakan tengah hari. Hehe..

Selain itu, di semenanjung, hanya anjing liar selalu berkeliaran tanpa batasan di kawasan perumahan dan lain-lain kawasan. Di sini, anjing itu seperti kucing. Banyaknya anjing itu seperti banyaknya kucing di semenanjung. Di mana-mana pun ada anjing. Pemikiran positif, saya sudah lali dengan haiwan ini hingga hilang fobia kena kejar dengan anjing. Hehe.. Tetapi, sebagai muslim, hukum Allah itu tetap dipegang. Haram tetap haram walaupun ada anjing yang cute-cute. Hehe..

Berbekalkan pengajaran ibu di rumah tentang ilmu chef, dapatlah saya menjimatkan wang saku. Bukannya apa, di sini, harga makanan jauh beza berbanding di Semenanjung. Timbul rasa sedih dengan hakikat ini kerana Miri tidaklah semaju mana, apatah lagi jika ke Bintulu. Tetapi, harga di sini jauh lebih mahal. Mungkin ada mengatakan kerana bahan makanan diimport dari semenanjung, tetapi, hakikatnya tidak. Roti pun buatan tempatan. Roti Gardenia jangan harap nak jumpa di sini. Ini adalah satu langkah kerajaan Sarawak untuk memperkasakan industri tempatan. Pelik tapi benar, roti tempatan jauh lebih mahal dari roti gardenia.

Berkenaan dengan chef @ home ni kan, ayam di sini memang banyak. Tapi halal atau tidak, sembelih atau tidak, itu yang menjadi isu. Nak makan kat cafeteria pun kena fikir dua tiga kali untuk ambil lauk ayam. Setakat ini, saya hanya memasak sayur, sotong, ikan dan telur sebagai harian. Ragu-ragu dengan ayam-ayam di sini. Tapi semalam, Kak Zahirah beritahu kat Krokop ada jual ayam yang disembelih dan kepunyaan orang Islam. Alhamdulillah, biar jauh sedikit dari rumah, asalkan halal. Di sini saya mengaplikasikan apa yang dikatakan mencari yang halal itu fardhu. Betapa, benar kata sahabat saya, di sini cabaran agama Islam sangat hebat. Pada saya, kita tidak seperti zaman nabi, yang memerlukan penganut. Kita sudah punya penganut, tetapi pemahaman penganut-penganut Islam ini yang menjadi isu besar masa kini.

Dalam berusrah juga, cabaran hebat oleh da'ie adalah mewujudkan pemahaman di kalangan ahli usrah akan indahnya Islam, indahnya ajarannya. Muslim memang ramai tetapi apa yang menyebabkan kita ditindas, dilihat lemah dan seribu macam perkara negatif kerana apa? kerana kurang pemahaman yang membawa kepada kurang penghayatan. Sedih bila melihat keadaan ini. Saya akui, saya juga tidak sampai ke tahap penghayatan yang maha hebat lagi, namun, sedikit demi sedikit, kita cuba ubah dan perkukuhkan asas Islam itu sendiri. Mulakan dengan solat. InsyaAllah, segalanya akan berubah.

Ah.. kelihatan panjang sekali coretan kali ini. InsyaAllah, kita bertemu lagi. InsyaAllah, saya akan tetap terus menulis di blog ini walaupun tidak sekerap dulu. Semoga yang baik datang dari Allah itu dapat di panjangkan kepada semua. :)


Salaam perantauan.


Wassalaam..




27.11.09

Adha & Personal Thoughts

Salaam..and hi all.. :)

This Adha is very much likely different compared to previous ones. Why? Well, based on my observation :

  1. Adha fell on Friday
  2. So people taking advantage of this and heading back to kampungs (^^,)v
  3. The highways were jammed as if it is Eidul Fitri..hehe..
Mine is also different from last year's. No Qurban done this year and that's also means that am not going back to Kelantan to celebrate Adha. It's been a year already since my last balik kampung trip to Kelantan. Of course, I miss that place. Now, since I'll be going for internship, it will take me another 8 months away from my kampungs - both Johor and Kelantan. And final year, I bet it will consume my time to be there.

I just arrived at my house at 11pm. Driving all the way from UTP and I actually stop at another checkpoints of my checklist before going for internship. It was to pay a visit to my dear friend - arwah Noorfadzilah Abdul Kadir. I took the exit s of Sabak Bernam and drove all the way of 70km before arriving to the small town. Beautiful scenery was captured while driving. hehe.. Sue me for taking pictures while driving. I fell in love with the sawah padi, the color of the sky was perfectly blends with the surrounding. Here's some sneak peek of the views taken.





all are taken using my Sony-E phone~

After visiting her, I went to see my friend, Rifdi to hand him the stuff he ordered. Met him at the Star Hill and I parked my car near to the Pavillion Mall. It is very annoying for me to walk alone there and see tonnes of khamr bottles, glasses on the tables of the people. All the way there..wine, beer, tequila.. you name it, and you'll see it. I feel very insulted each time I walk passing by that area. It seems, what Prophet Muhammad told us earlier..has come true. Read my post here.

Some more, even we are trying to boost up our economy from the tourism industry, why do we need to destroy our identity? I mean, they - the tourist, can get the very same ambience from their homeland, and coming to Malaysia, seems like no significance difference. We are against the government who ban the liqour open selling in Selangor, but can't you guys see the future of it? Enough of having liqour in clubs (which shamely drank by Muslims who are not understand and taking enough care of their religion), but openly sold? I just feel very insulted as a Muslim and also as a Malaysian who loves the Malaysian Identity.

I hope and really hope our government will look at this matter thoroughly. Although, it is well known that Star Hill, Jalan P Ramlee is the liquor heaven in KL, but, by the power held by thee, do exercise it by all means. Maybe my non-muslim feel unfair and think that it is one 's responsibility to make choices of their way of life, but we must also remember that enough of having the liqour at your home and clubs.. I mean, you (my non-muslim friends) can drink it unpublicly, at close area. Sell liqour openly like orange juice? That's a BIG no-no. So, it's quite tolerating right?

Lastly, Salaam Adha to All Muslims.. :)

Till then..

Wassalaam..


25.11.09

Jauh di Mata Dekat di Hati

Salaam..

Alhamdulillah..selesai sudah ber-final exam. InsyaAllah, selepas ini akan memulakan langkah seterusnya untuk berpraktikal selama 8 bulan di PETRONAS Carigali (Sarawak Operation), Miri. Disebabkan mempunyai masa yang agak terhad sebelum ini - ETP, Projek, EDX, Test - maka, saya punya masa yang sangat sedikit untuk diluangkan bersama rakan-rakan rapat. Jadi, kerana mahu berlepas ke Miri, saya gagahkan diri untuk bertemu insan2 yang istimewa di hati ini. Bukan kerana apa, takut-takut selepas ini, tidak berkesempatan untuk bertemu dan memohon maaf. Ajal maut tidak siapa yang tahu kecuali Maha Pencipta.

Alhamdulillah, sesingkat mana pun masa, Allah bukakan ruang untuk saya bertemu mereka. Mereka adalah sahabat-sahabat saya ada saya kenali dari bangku sekolah rendah, ada yang duduk bersebelahan semasa di kelas, sama-sama bergelak ketawa, sama-sama menangis bersama. Sebahagian mereka hampir setahun lebih tak berjumpa manakala sebahagian yang lain, sudah lebih 3 tahun tidak bersua. Bayangkan, rasa rindu terhadap mereka.. huhu.. Hatta, rumah dekat pun, masih tak mampu bersua, kerana saya seorang yang sukakan kesibukan di kala cuti semester.

Mereka itu adalah :
Nurul Zainonie, Balqis, Syarfa Syamimi, Nur Ain, Nurul Alia, Nur Hafeeza, Iza Fazliha


Semoga tautan ini menjadi lebih kuat dengan pertemuan yang tidak seberapa ini. InsyaAllah, kalian sentiasa di dalam hati ini, menjadi antara insan-insan yang teristimewa.

Di kesempatan ini juga, saya memohon maaf jika pernah mengguris hati anda, tidak kira melalui tulisan yang tidak seberapa ini mahupun bagi sesiapa yang mengenali saya secara fizikalnya, terguris dengan kata-kata, riak wajah dan juga perbuatan saya. Sungguh, diri ini amat kerdil dan penuh dengan khilaf.

Doakan yang terbaik sahaja untuk kita semua yang bakal berpraktikal. InsyaAllah, blog ini akan di-update, namun, saya tidak berani untuk berjanji akan kekerapan postingnya. Semoga semua urusan dan perjalanan ke sana dipermudahkan olehNya.

Till then..


Wassalaam..


Older Posts

study & score

We are what we repeatedly do.
Excellence, therefore is not an act but a habit

ARISTOTLE

recent comments