::ahlan::selamat datang::welcome::

Blog ini hanyalah suatu coretan dari penulis untuk sesiapa yang singgah di sini. Sekadar berkongsi ilmu, berkongsi rasa dan juga berkongsi cerita. Semoga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.
Wallahu'alam..

This blog is a sharing to all readers. The author would like to share the knowledge and also the ups and downs. Hopefully, the readers may gain what's best and remembers the isn't.
Wallahu'alam..


Monday, November 01, 2010

Bepang

Salaam..

Wah.. ini pertama kali saya nak post resepi kat Sharing is Caring. Kuih bepang (cara baca : bey-pang) ni adalah kuih dari Johor. Kalau di Utara (Penang) orang panggil Kacang Potong. Samalah tu kiranya. Hehe..

Kuih ni sangat simple tapi agak renyah (kata orang utara) untuk membuatnya. Renyah tu ala-ala cam leceh. :)
Cara buat kuih ni, guna cara tradisional atau dengan erti kata lain style campak-campak. Kan kalau orang-orang tua, bila kita tanya bahan ni berapa banyak nek? Nenek akan cakap, alah, agak-agak je, campak-campak jela.. :D

Resepi Kuih Bepang

bahan-bahan
Kacang tanah, gula pasir, bijan, cuka, minyak masak

perkakas
chopping board, papan saiz segi empat, penguli (roller), pisau, kuali, senduk

cara membuat

Goreng kacang tanah dan bijan tanpa minyak. Pastikan anda masak kedua-duanya berasingan ya. Kalau tak nak kelam kabut waktu memasak, kacang tanah boleh dimasak malam sebelumnya.Kacang tanah yang dah digoreng dan disejukkan perlu dibuang kulitnya. Mana-mana kacang yang tak elok, boleh la diasingkan.Bijan tadi digoreng hingga sedikit kekuningan/coklat. Pastikan api kecil dan sentiasa kacau bijan tu untuk elak bijan hangus atau hangit. Tabur bijan di atas papan segi empat, selerak-selerakkan supaya mudah adunan bepang nanti disalut dengan bijan. 

Panaskan kuali dan masukkan gula pasir untuk dicairkan. Cairkan gula pasir hingga semuanya dah cair tanpa ketulan. Pastikan api kecil dan sentiasa kacau untuk elak gula tadi hangit. Setelah semua cair, masukkan minyak masak dan cuka. Kemudian, masukkan kacang tanah yang dah dibuang kulitnya ke dalam kuali berisi gula cair. Kacau untuk meratakan gula dan kacang. Agak-agak macam dah rata, angkat adunan dan letakkan di atas bijan-bijan tadi.

Ratakan cepat-cepat bijan tadi di atas adunan dan roll adunan untuk menipiskannya.  Potong adunan dalam bentuk segi empat tepat. Pastikan semua kerja dilakukan dengan cepat sebelum adunan mengeras kerana jika adunan dah mengeras, bepang akan hancur bila dipotong. 

And..VOILA! Bepang dah siap! Sejukkan dan sedia dimakan. :)

Okay, saya tak beritahu berapa sukatan bahan-bahan kan? Untuk gula pasir dan kacang tanah, jika anda guna setengah tupperware, maka gula pun setakat itu juga. Lebihkan sedikit pun takpa. Untuk minyak masak dan cuka, gunakan 1 sudu besar sahaja. 

Sekian..resepi campak-campak dari saya. (^__^)v

Inilah rupa kuih Bepang! :D

Till then...


Wassalaam..

No comments: