::ahlan::selamat datang::welcome::

Blog ini hanyalah suatu coretan dari penulis untuk sesiapa yang singgah di sini. Sekadar berkongsi ilmu, berkongsi rasa dan juga berkongsi cerita. Semoga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.
Wallahu'alam..

This blog is a sharing to all readers. The author would like to share the knowledge and also the ups and downs. Hopefully, the readers may gain what's best and remembers the isn't.
Wallahu'alam..


Friday, January 09, 2009

Saat Mati itu Menjelma


salaam..
tanggal 7 januari 2009.. tarikh keramat yang telah buatku rasa lemah seluruh anggota.. tidak pernah kurasakan selemah ini.. perginya seorang sahabiah, Noor Fadzilah..

Ukhwahbulfillah abadan abada... inilah yang kami kongsi sepanjang perkenalan singkat namun intim. Ku kenali Dila melalui seorang teman, Dila merupakan permata hatinya. Seorang pelajar perubatan di Tasmania, lebih spesifik di Hobart.. Australia. Kukenali Dila dari jauh saat umurku 18 tahun. Rezekiku untuk lebih intim dengan Dila kuperoleh dari Allah pada 2008. Lebih tepat, bulan November lalu... jika tidak kerana kertas projek Cultural Anthropology yang bersub topik difference of fasting : Muslim Msia and overseas, sudah tentu aku hanya kenali Dila dari jauh.

Dari pertukaran ilmu, perkongsian tentang rasa cinta pada Rabb menjadi tajuk chatting kami sehari-hari.. melalui gtalk kukenali peribadi Dila secara dekat. Saatku dikutuk ketika pilihanraya MPP lalu melalui blog2, Dila hulurkan kata2 semangat melalui peringatan2 ayat dari surah Muhammad.. Dalam perkenalan sesingkat 3 bulan ini, aku rasa sangat kasih padanya..

Dari soal cinta terlarang hingga ke cinta kudus Rabbani.. itulah yang menjadi pengikat hati dan jiwa sanubari kami berdua. Kami berdua saling menampung dan membetulkan diri kerana kami saling membina diri menuju Allah yang Esa. Melangkah seiringan, berkongsi suka duka saat peritnya menghadapi cinta terlarang. Mahu tapi takutkan Allah.. itu lah peritnya, tetapi manis bila rasai perjuangan itu tidak bersendirian..

Dalam sesingkat 3 bulan itu, kami bercadang mahu bertemu dan sepatutnya, hari ini, Dila menemani aku. Allah..Kau jadikanlah kebaikan dan niat baiknya ini tambahan bagi pahala agar dacing dosa menjadi ringan. Aku mengajak Dila bukan kerana hanya mahu bertemu dan habiskan masa dengannya, tetapi kerana dia sahabat yang memahami perjuanganku ke arah cinta yang diredhai... tidak semua seperti Dila.. malah, TIDAK ADA YANG SAMA SEPERTI DILA...

Banyak perkara buatku terkilan.. saat Dila pergi, aku di dalam bas, pulang dari Family Day TEC di pantai timur. Dua hari Dila bertanya sama ada aku ada di UTP atau tidak, kerana mahu tumpang tidur.. tapi, aku di Terengganu saat itu. Oh, tuhan..betapa Kau telah menetapkan segalanya.. saat kakak Ridhwan kahwin, Dila berada di majlis itu, tetapi aku telah berada di KL menghadiri majlis perkahwinan sahabiah dari KISAS.. takpelah.. sudah suratan Ilahi..


Di usia 21 tahun, aku merasai kelemahan manusia pabila berhadapan dengan dugaan Allah.. kurasai rasa lemah yang sebenar-benar lemah..

Dari Dia kita datang, kepada Dia jualah kita kan kembali..


setelah penat kukongsi pilu ini dengan manusia, ku masih tidak tenang.. lalu, solusinya hanya padaMu tuhan pencipta alam dan segala makhluk di dalamnya.


Semoga kau tenang di sana wahai sahabat.. buat sahabat2 lain, ketahuilah kalian, aku cinta dan kasih kalian melebihi diriku sendiri.. maafkan segala kesilapan diri ini sepanjang perkenalan kita ya sahabat sekalian.. 

8 comments:

AaBa said...

Sesungguhnya.. Allah lebih menyayanginya.....Tabahkan hati dan teruskan perjuangan...walaupun jasadnya tiada.. namun semangatnya tetap bersamamu... amiin........... Al fatihah...

ramona said...

huhu.. yup2.. tapi.. melepaskan dia pergi mmg sesuatu yang sngt sukar.. tiap kali usai solat, tangisan airmata yang mengiringi doa.. untuknya, semoga dia diringankan siksaan di alam barzakh..

weetameal said...

noorfadzilah bt abdul kadir...i ll be missing her till the end of time.ima,doakan arwah diredhai Allah,supaya mendapat tempat di syurga Allah bersama2 org yg beriman.Sesungguhnya,siksaan yg seringan2nya adalah siksaan abu talib,sudah ckup sakit.ku pohon,dijauhi arwah oleh Allah Yang Maha Pengasihani dari segala azab2Nya.

an~naqia said...

berat mata melihat, berat lagi bahu memikul.
tabahkan diri, redha dgn ketentuanNya.
:)

weetameal said...

i ve to be strong with this.i need somebody to help me.dengan nasihat2 yg berguna,pasti akan membantu buat diriku."tidak ada yg sama seperti dila".Ya Allah, ku pohon dari Mu kekuatan dan ketabahan utk meneruskan kehidupan ku seperti biasa.Aku merindui dia,smoga dia bahagia di sana.Barangsiapa yg membaca tulisan ku ini,ku pohon sedekahkn al-fatihah buat rohnya.Amin.

Hulubalang said...

semoga dia tiada dendam dgn aku... ya Allah.

weetameal said...

ima, jikalau memilih untuk mengingati kisah lama, carilah kisah2 yang indah dan menggembirakan.

biarlah ia berlalu, dan janganlah menangisi perkara yang telah lepas. Sesungguhnya, ia memang telah terjadi dan sudah pasti tidak akan kembali.

Ya, kita mahukan dia ada, tetapi sudah ketentuan dia tiada. Bagi mereka yang beriman dan sabar, mereka yakin, dia itu ada, cuma alamnya sahaja yang berlainan dengan kita.

Ima, kembalilah kepada fitrah dan kehidupan yang nyata, tak usah bersedih hati. Buka mata dan minda, lebih banyak perkara yang kita masih abaikan, sebagai contoh study dan tanggungjawab. Bagaimanakah situasi kita dibandingkan dengan orang lain. Adakah kita fikir, kita adalah yang paling teruk diterima ujian?

Rindu itu, biarlah ia berakhir, kalau ternyata ia menyebabkan kamu terganggu dan alpa. Saya juga merinduinya, tapi kini saya punya Tuhan yang lebih saya rindukan.

Percayalah, jika kamu merindui dan mencintainya, banyakkanlah berdoa, mintakan keampunan dan murnikanlah hubunganmu dengan Tuhan. Kerna, Tuhan tidak pernah menghampakan hamba yang beramal soleh. Pujuklah hati supaya sabar dan katakanlah kepada hati itu, "suatu hari nanti, aku pasti akan jumpa dia di syurga, yang lebih kekal,yang aku boleh duduk lama2 dgnnya, menikmati keindahan syurga itu sendiri."

Hari ini, perbaiki hubungan silaturrahim dengan sahabat2mu, carilah cinta kasih mereka. Buatlah mereka juga menjadi sepertimana kamu mencintai si dia itu. Senyumlah, janganlah kamu menzahirkan kesedihan itu di hadapan sahabat2, nescaya Allah jua akan menjauhkan dirimu dari kesedihan2 itu. Bukankah Allah itu Maha Adil dan Saksama?

Marilah wahai sahabat, kita bina hidup yang lebih kental dan bersemangat di samping tunduk kepada Tuhan. Pasangkan fokus baru untuk memperbaiki study dan tanggungjawab kita. Tinggalkanlah halangan2 yang hanya akan menjatuhkan kita, dan janganlah kita jatuh kembali di sebabkan perasaan yang kita tahu, tidak membawa sebarang faedah pada diri.

Ima, kamu lebih mengetahui dari apa yang saya ketahui. Berbahagialah dengan kehidupan hari ini. Bangunlah di awal pagi, lihatlah sinar mentari itu. Bisikkan padanya, "Matahari, engkau menjadi saksi bahawa aku tidak akan bersedih hari ini." Sinar itulah memberi harapan dan optimis untuk bergerak maju ke hadapan, selagi mana matahari itu tidak pernah patah kembali ke tempat di mana ia timbul.

ramona said...

jazakallah, es..
yes, sesungguhnya memang daku percaya daku akn bertemu dia di sana nanti, cuma bila kisah terbuka, mengingati dia buatku lemah dan bersedih hati.. kerana itu, kerana itu aku menyelamatkan hubungan yang keruh dengan manusia yang masih nyata di penglihatan ini.. kerna itu juga, aku sedar akan diriku yang tidak seperti orang lain yang punya banyak teman, maka aku lebih menghargai teman disekelilingku..

tenkiu so much~ =)